Tidak kira anda seorang lelaki atau perempuan, berkahwin atau bujang, tinggal di bandar atau di desa, kaya atau miskin, anda wajib memiliki drill. Melainkan anda seorang yang pemalas, hanya menggunakan kuasa wang anda, anda tidak layak memiliki drill. Bagi yang berasakan memerlukan drill dan berhasrat mahu mendapatkan drill tetapi masih hati masih berbelah bahagi untuk mendapatkannya, bolehlah baca idea sebab anda perlu memiliki drill.

Anda tahu apa itu drill kan? Drill boleh diperolehi di kedai elektronik, kedai hardware atau membelinya secara online. Drill biasa digunakan untuk menbuk lubang, memasukkan screw atau menanggalkan screw.

Setakat ini saya ada tiga jenis model drill iaitu satu menggunakan kuasa elektrik khusus untuk menebuk semen, dua menggunakan kuasa bateri, satu untuk kerja lasak dan satu untuk buka-buka perkakasan elektonik saya. Drill yang guna kuasa elektrik saya beli di kedai hardware dan yang dua lagi saya beli di Lazada Malaysia. Mengapa saya memiliki semua ini? Ikuti perkongsian dari saya.

1. Saya ada gambar yang saya anggap sebagai kenangan manis perlu digantung di ruang tamu supaya saya dan keluarga sentiasa melihat gambar tersebut. Selain itu saya mahu kongsikan kegembiraan saya kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah saya. Antara gambar yang saya maksudkan ialah gambar Konvo, Gambar menerima anugerah dan gambar keluarga. Oleh itu, memandangkan dinding rumah saya daripada bahan semen, saya memerlukan drill untuk menebuk lubang. Dalam hal ini tidak perlulah panggil kontraktor semata-mata menggantung gambar sebab boleh dilakukan sendiri kecuali mempunyai sikap malas melakukannya.

2. Anda memerlukan drill jika anda seorang yang suka bertukang. Sebagai contoh membuat bangku berasaskan kayu terbuang seperti palette. Dengan menggunakan drill dan screw, kerja membuat bangku jauh lebih mudah berbanding menggunakan tukul dan paku. Kerja anda juga nampak lebih kemas tanpa kesan kena tukul.

3. Anda boleh menggunakan drill bagi membaiki kerusi kayu atau meja kayu anda yang rosak. Perabot anda akan kelihatan hodoh jika menggunakan tukul dan paku lebih-lebih lagi jika anda tidak mahir menggunakan tukul dan paku. Drill, sesiapa pun boleh menggunakannya dengan mudah walaupun bukan seorang pro.

4. Anda tidak akan terasa penat memasang screw menggunakan drill berbanding menggunakan pemutar screw secara manual. Selain yang saya sebutkan di atas terdapat kerja-kerja lain yang memerlukan anda menggunakan drill seperti memasang casing lampu di rumah anda.

5. Macam mana kayapun anda, jangan menggunakan khidmat dripada orang perseorangan semata-mata mahu menggantung frame anda. Anda mungkin tidak sedar orang yang anda panggil memasang frame anda mempunyai tujuan lain seperti meninjau harta karun yang terdapat di rumah anda.

Lima sebab yang saya senaraikan sepatutnya sudah cukup membuka hati anda untuk memiliki drill sendiri. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan memiliki drill sendiri yang anda boleh nikmati apabila anda memiliki drill sendiri. Anda tidak perlu mendapatkan drill yang berharga mahal. Perkara yang paling penting ada alat ganti jika jika drill anda mengalami kerosakan.



Post a Comment